NEGERI JOHOR



                                   AIR TERJUN, KOTA TINGGI                  






Air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahak. Ia melata ke bawah dengan jarak kira-kira 34 meter dari gunung. Keindahan semula jadi kawasan ini menyegarkan, dan memberikan ketenangan kepada penduduk bandar. Air sungai yang dingin juga menjadi tempat yang sesuai untuk berenang, juga tempat yang bagus untuk berkelah.

Ia merupakan tempat yang hebat bagi pencinta alam yang selalu memerhatikan burung, dan pelbagai serangga di sekitar kawasan ini. Bagi mereka yang mahu bermalam di sini, mereka boleh memilih untuk menginap di Kota Tinggi Waterfalls Resort.

No comments:

Post a Comment