NEGERI MELAKA



                                      KOTA A' FAMOSA                                

             



Kota A' Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. pintu gerbang ini merupakan peninggalan Portugis dan sebuah kubu yang mantap pada masa dahulu. Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata, kediaman kapten, dan juga kuaters pegawai.


                                      TAMAN BUAYA                                      



Taman Buaya Melaka yang dibuka pada tahun 1987 adalah antara tarikan pelancongan yang agak popular di Melaka.Di taman kecil ini, anda boleh melihat lebih 100 ekor buaya yang dikumpulkan dari seluruh dunia.Antara buaya yang dipelihara di sini termasuklah buaya Jenjulung dan Tembaga yang boleh didapati di sungai negara ini serta buaya March Mugger dari India dan Alligator dari Amerika Syarikat. Jika dahulu taman ini hanya memuatkan buaya, kini ia juga mempunyai taman air untuk kanak-kanak. Jadi jangan lupa bawa baju persalinan jika anda ada anak kecil.




No comments:

Post a Comment