TAMAN AIR SPLASH DI TAMAN INDERA PETRA



Taman Air Splash ini satu-satunya taman air yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga di Kelantan. Taman ini terletak di Taman Indera Petra Kota Bharu (bersebelahan Kota Darul Naim) yang sangat dicadangkan untuk anda berkunjung seisi keluarga dengan membawa anak anda mandi sewaktu cuti sekolah mahupun hujung minggu. Jika anda menginap di homestay atau hotel yang tiada kolam mandi, tentunya kunjungan ke Taman Air Splash memberikan lebih keriangan kepada anak-anak anda. Pendek kata, tiada yang lebih menggembirakan anak anak apabila diulit kedinginan air dan ketenangan Taman Air Splash apabila bercuti di Kelantan. Taman Air Splash sebenarnya salah satu tempat menarik untuk beriadah bersama keluarga di Kelantan yang tidak ramai mengetahuinya kerana lokasinya agak ‘tersorok’ walaupun berada di bandar Kota Bharu. Di sini terdapat 3 jenis kolam berdasarkan tahap kedalaman untuk kanak kanak. Walaubagaimanapun, tidak ada kolam yang dalam, paling dalam pun hanya paras pinggang orang dewasa sahaja.
No comments:
Post a Comment